Search Bar

Sunday, July 30, 2017

Review Capsule Hotel KLIA2

Fuhh. Berhabuk dah blog ni. Maaf ye semua. Bz dengan kerja sampai tak sempat nak update blog. Hihi. Kali ni aku nak buat review tentang Hotel Capsule di KLIA2. Beberapa minggu yang lepas, aku bermalam di Hotel ni sebab flight pagi. So untuk mengelakkan daripada terlepas flight, aku ambil keputusan untuk tidur je kat Capsule KLIA2 ni. Nanti takde lah nak rushing2 dan terkejar2.

Ni ialah kali kedua aku tidur kat sini. Tilam dan bantal dia sumpah empukkk gilaa. haha. memang best! Buat pengetahuan reader semua, kita boleh pilih berapa jam kita nak stay. Untuk orang yang transit lama dan flight awal pagi, memang berbaloi la nak stay sini. Selesa untuk tidur, dan korang boleh mandi untuk refresh kan diri. 

Tentang rates pula adalah seperti yang berikut:

6 Hours (RM 80)
9 Hours (RM 100)
12 Hours (RM 110)

Aku book melalui online and ambil 12 hour Capsule at Female Dorm. Terdapat 3 pilihan, samaada Female Dorm, Male Dorm dan Mixed Dorm. Korang juga boleh walk in. Tapi ikut luck lah, untuk elakkan kecewa sebab full, better korang book online je.

Lokasi Hotel Capsule ni terletak kat Lower Ground KLIA2. Tempat agak tersorok sikit. 




Semasa check in, Korang perlu beri deposit sebanyak RM 50 dan korang akan di beri bag Capsule, yang mengandungi towel, access card dan mineral water.



Macam mana Capsule dia? Meh aku tunjuk sikit gambar Capsule yang aku booking.
Setiap Capsule disediakan Blind untuk privasi. Sila bawa lock sendiri untuk simpan barang berharga di peti simpanan yang disediakan

Ruangan untuk bersantai

Locker

Shower
Toilet


Interior Capsule
Single Capsule


So, Berbaloi tak nak stay sini? Bagi pendapat aku, kalau korang solo traveller dan transit lamaa di KLIA2, memang sesuai kalau nak dapatkan tidur, mandi dan rehat disini.

Bagi yang berkeluarga, kurang sesuai kalau nak stay sini. Dan untuk claustrophobic, memang salah tempat lah kalau kau nak stay sini. Sebab ruangan agak terhad. huhu.

P/S: This is my personal experience. Please remember what worked for me might not work for you. thank youu ;)