Search Bar

Thursday, February 2, 2017

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalamualaikum and hi!

Oleh sebab stok tempoyak kat rumah banyak, So aku nak share resepi from kak Azie Kitchen Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng. Memang best dan menyelerakan siap bertambah-tambah lagi nasi. Memang terbaik la kalau makan dengan nasi panas-panas. Jom tengok resipi cara buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng ni:

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:
8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - iku pedas disukai
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:
Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan


Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.



Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati.



Tutup api dan sedia dihidangkan.