Search Bar

Sunday, January 1, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Tips Kecantikan

Assalamualaikum and hi!

Kita semua tahu yang kebersihan dan kekemasan diri merupakan salah satu element yang penting sebagai seorang Muslim. Sudah menjadi fitrah semua orang suka pada kecantikan, terutama bagi wanita. So topic #12 adalah Tips Kecantikan. Aku akan berkongsi serba sedikit tentang tips kecantikan yang aku dapat melalui bacaan aku. So, sharing is caring! ;)

Penjagaan harian:
  • Ambil supplement dan amalkan pemakanan yang sihat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. Sebaiknya 6-8 jam sehari.
  • Kurangkan pengambilan gula dan snek yang banyak MSG.
  • Try infused water atau detox water. Infused water ataupun detox water ni adalah plain water yang dicampurkan dengan hirisan timun dan lemon atau mana-mana buah pilihan korang dan diletakkan di dalam peti ais untuk semalaman.
  • Minum air yang dicampurkan dengan perahan lemon sebelum tidur.
  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Tanggalkan make up sebelum tidur.
  • Gunakan sunblock yang mempunyai sekurang-kurangnya 30spf.

Weekly:
  • Gunakan mask. Kita boleh buat mask homemade dengan mengunakan bahan semula jadi
  • Intense cardio or exercise 3 kali seminggu
  • Gunakan coconut oil sebagai hair mask
  • Amalkan minum teh hijau
  • Gunakan scrub semulajadi dengan mengunakan sea salt
  • Bersihkan brush make up

Monthly:
  • Go for professional facial
  • Pergi buat rawatan spa