Search Bar

Monday, January 2, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Petua Orang Lama

Assalamualaikum and hi!
Pada kali ini, aku akan berkongsi cabaran #13 iaitu petua orang lama. Petua orang lama ni kadang-kadang agak mujarab dan lebih natural kerana banyak mengunakan bahan-bahan semulajadi dan kita boleh avoid dari mengunakan bahan yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya terutamanya dalam menangani masalah kesihatan dan sebagainya. Bak kata orang, back to nature. Giteww. ;D

Okay, enough bebel. Aku nak share some of "Petua Orang Lama" hasil dari pertolongan Pak Cik Google. muehehe.



Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menanggalkan bintik hitam di muka
Ambil sedikit beras pulut dan kulit kayu manis. Goreng kedua-duanya tanpa minyak sehingga beras pulut menjadi agak kekuningan. Kisar dan simpan dalam bekas kedap udara. Bila hendak menggunkannya, ambil sedikit campuran tersebut dan letak beberapa titis air. Kemudian gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Kulit muka lembut dan cerah
Parut sebiji kentang dan perah airnya. Sapukan pada muka. Biarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

Melicinkan kulit muka
Kisar sedikit beras pulut sehingga menjadi serbuk. Tambah sedikit air dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Biar semalaman. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.