Search Bar

Monday, January 16, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Movie yang paling saya suka

Assalamualaikum dan hi!

Movie yang paling aku suka dan yang terbaru aku tengok adalah Dangal. Review aku tentang Dangal adalah ianya adalah movie yang confirm korang tak menyesal beli tiket wayang untuk tengok. Aku bagi 10bintang. Memang terbaik lah. Sarat dengan emosi *banyak scene sedih, tertumpah juga airmata aku. huhu*, inspirasi dan mengangkat darjat dan kedudukan wanita. One of the best movie yang aku pernah tengok.

Filem Dangal ni adalah adaptasi dari kisah sebenar tentang Mahavir Singh Phongat. Oleh kerana masalah kewangan dia terpaksa menyimpan hasratnya untuk mewakili India dalam sukan Gusti. Namun hasratnya adalah untuk mewarisi bakat yang mengalir dalam darahnya kepada anak-anaknya. Hasratnya tidak kesampaian pada mulanya kerana hanya di kurniakan anak perempuan. 

Dia melanggar norma masyarakat apabila dia menyedari bakat yang ada pada anaknya dan melatih sendiri anaknya ; Geetha dan Babita untuk berkecimpung dalam arena sukan gusti. Dalam filem ni juga korang dapat lihat komitmen Amir Khan menambah beratnya semata-mata untuk filem ni dan training sampai jadi sado sebab filem ni jugak. Transformasi dia banyak orang upload kat Facebook dan ada kat Youtube. Memang aku tabik lah kat Amir Khan!

Filem ni bertemakan kekeluargaan lain daripada yang kita tengok kebiasaannya. Takde cintan-cintun ye. Agak kelakar dan menghiburkan terutama watak Vinesh (sepupu Geetha dan Babita) yang selalu jadi mangsa bila Geetha dan Babita training. Watak Mahavir yang tegas dan tak kisah cemuhan orang kampung buat aku realize kebanyakan sikap orang yang berjaya adalah tak kisah tentang cemuhan dan cacian orang, tapi fokus pada matlamat yang dia ingin capai. 

Mahavir juga memecah kitaran hidup dan tradisi mendiskriminasi wanita yang dianggap tugas wanita hanya di dapur, kena paksa kawin pada usia yang sangat muda, dan jaga anak. Kitaran yang tak pernah berhenti dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bagaimana kitar hidup wanita itu hanya satu kitaran yang sudah ditetapkan dan tidak mampu untuk menentukan masa depannya sendiri.

Babak Geetha yang berubah bila masuk kolej sukan dan mempertikaikan teknik yang diajarkan oleh ayahnya pun sangat meruntun hati. Punyalah ego sampai sanggup lawan gusti dengan ayahnya yang sudah tua semata-mata nak prove teknik dia yang terbaik. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok lah ey. Tak nak jadi spoiler kat sini. hihi. Berbaloi tengok! Tak menghampakan. Aku nasihatkan sediakan tisue sebelum tengok ;)