Search Bar

Monday, January 23, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Kenapa Saya Suka Tulis Blog

Assalamualaikum and hi!
Alhamdulillah, Cabaran 30 Hari Blogging telah sampai ke penghujungnya. Tajuk yang akan dikupas pada post kali ini adalah kenapa saya suka tulis blog. Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang berlainan tentang kenapa mereka menulis blog. Sesetengah mungkin kerana hobi, dan sebagainya. Berikut adalah antara sebab kenapa aku suka tulis blog dan impaknya dalam kehidupan aku:

#1 Improve "writing skill"
Dengan menulis, ianya adalah salah satu medium untuk komunikasi. Untuk improve kita mesti selalu practice. Selain tu, bila aku berkongsi informasi, aku akan lebih ingat tentang informasi tersebut melalui menulis dan perkongsian. 

#2 Develop healthier habit
Blogging memerlukan masa, kesungguhan, disiplin dan komitmen. Melalui blogging, kita akan dapat berusaha ke arah itu.

#Sharing session
Untuk share pengalaman, tips, review, pandangan dan sebagainya. Personal Journal. Untuk pedoman di masa hadapan. *gitew. Merepek dan membebel pun banyak aku rasa. haha! 

Korang pulak macam mana? Share sikit kat komen. ;)