Search Bar

Sunday, January 8, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum and hi!



Kelakar bila tengok gambar zaman kanak-kanak. Cepat dah masa berlalu. Makin tua dah kita ni. Haha!

Aku dibesarkan dalam adik beradik yang semua lelaki kecuali aku. So zaman kanak-kanak aku, aku nak sangat ada adik-beradik perempuan. Sebab apa? Boleh la teman main masak-masak ke, share-share baju ke. haha.

Aku nak buat throwback sikit tentang zaman kanak-kanak aku. 


Bila tengok gambar kat atas ni teringat memori zaman kanak-kanak.

Dulu, no gadget. no Wicet, no Facebook. Nak berkenalan dengan buku biodata. Yang ni wajib isi. kalau tak, tak nak kawan beb. haha. Pastu yang glamour dulu paper doll yang boleh tukar-tukar baju tu. 



Aktivit lepas balik sekolah pulak main baling selipar, main guli, main teng-teng. Bila nak masuk Magrib, mak panggil, baru lah balik rumah. huhu. 

Mesti korang pernah buat camni kan? haha

Aktiviti hujung minggu pulak basuh kasut. Pastu tengok kartun Dragon Ball. Tips nak bagi kasut kering cepat ialah letak belakang peti ais.

Aiskrim paling lejen!
Zaman kanak-kanak korang pulak camne? meh share kat komen! ;)