Search Bar

Tuesday, January 3, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Favorite Color

Assalamualaikum and hi!

Whoa! dah masuk hari ke #14 cabaran 30 hari blogging! Alhamdulillah, hampir separuh cabaran sudah di selesaikan. Kali ni, kita nak borak pasal favorite color. Semua orang ada favorite color. Bagi gegirl kebanyakkan nya mesti minat pink kan? hehe. Tapi aku bukanlah peminat color pink. Favorite color aku green. Author yang aku minat pun John Green. Pergh. Nampak tak obses dengan Green kat situ? haha. 

Why I love green? Bagi aku color hijau ni sangat menenangkan. Kalau stress, korang tenung la apa-apa benda yang color hijau. Example, pokok bunga ke cactus ke. Apa-apa je lah yang color hijau. Insyallah, korang akan kembali tenang selepas tu. Selain tu, color hijau mengikut kajian dapat meningkatkan fokus dan kreativiti.

Aku nak berkongsi juga tentang warna kegemaran dan kaitannya dengan personaliti korang. Korang minat color apa? Jom share kat comment. I would like to know more about you ;)