Search Bar

Wednesday, January 4, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Blog I Love

Assalamualaikum and hi!

Blog I love. Hmm. Agak mencabar tajuk #15 ni. Sebab apa? Sebab terlampau banyak blog aku suka baca dan selalu blogwalking kat situ. Aku pun pening nak pilih blog mana sebagai "Blog I Love" ni. So aku akan beritahu ciri-ciri blog yang aku suka secara general je lah ye..

Antara ciri-ciri Blog yang mendapat tempat di hati aku. chewahh ;D


Susun atur yang menarik:
Apa yang aku maksudkan sebagai susun atur yang menarik ini adalah blog yang nampak kemas dan teratur, tak banyak sangat iklan, perenggan tak berterabur, tak serabut dan color tak striking. Kalau jenis yang pop up banyak sangat dan kena loading lama pulak tu memang terbatal lah niat murni aku nak lepak kat blog tu. haha.

Penulisan yang menarik:
Aku suka blog yang mempunyai gaya dia yang tersendiri dan banyak informasi terutama sekali yang suka buat tips dan tutorial DIY, masakan, baking, gadget, travel, itinerary dan sebagainya. Aku respect blogger yang camni sebab tak lokek berkongsi ilmu :)

Gaya bahasa yang santai dan mesra:
Blog yang sempoi-sempoi je dan menggunakan bahasa yang tak terlalu formal dan susah untuk difahami. Sebab kita baca blog ni untuk santai. Kalau bahasa tahap ujian SPM Bahasa Melayu kertas Sastera, aku pun tak boleh nak hadam. haha! Selain tu aku suka blog yang mesra dan support rakan blogger yang lain. 

Okay, tu je lah yang aku nak share tentang "Blog I Love" untuk kali ni. Korang pulak macam mana? Till then, take care ;)