Search Bar

Tuesday, January 10, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Subjek Kegemaran Saya

Assalamualaikum and hi!
Kali ni tajuknya adalah subjek kegemaran. Subjek kegemaran aku adalah subjek Sejarah. Kenapa aku minat Sejarah? Sebab aku suka ingat tarikh dan fakta-fakta.


Bagi sesetengah orang mungkin merasakan bahawa subjek Sejarah tu sangat membosankan. Tapi bagi aku Sejarah adalah subjek yang menarik untuk dipelajari. Ianya kerana korang boleh mempelajari tentang latar belakang negara lain, kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kita boleh "kembali ke zaman silam" dan mempelajari sesuatu tentangnya. Melalui Sejarah semua ini ada jawapannya.

Sejarah itu juga tidak akan pernah berhenti dan sama ada ianya akan berulang, evolve ataupun Sejarah baru akan tercipta.

Dengan mempelajari Sejarah, aku dapat meluaskan horizon aku, explore budaya lain dan idealogi lain, kita dapat melihat kaitan Sejarah dan kesannya terhadap dunia.

Korang pulak cam mana? Jom share kat komen ;)