Search Bar

Tuesday, January 3, 2017

Apps untuk mengelakkan spam call dan scammer

Assalamualaikum and hi!

Pada entry ni aku nak berkongsi dengan korang tentang satu aplikasi yang amat berguna untuk mengelakkan spam call atau mengenal pasti call dari scammer yang tak diingini.

Mesti ada sesetengah daripada kita yang rimas jika mendapat call dari telemarketing yang jual card credit la, insurance la dan sebagainya. Kita tak boleh salahkan mereka jugak, sebab memang dah kerja dorang camtu. Cara untuk reject secara halus adalah dengan mengunakan apps ni:


Apps ni adalah TrueCaller. Korang boleh download kat Google Play atau Apps Store. Free je.

Apps ni akan detect number yang dikenalpasti sebagai spam dan details tersebut akan muncul time number tu call korang. Walaupun kita tak save number tu, dia akan notify pangillan tu dari siapa berdasarkan report yang user lain berikan. So korang tau la sama ada yang call tu telemarketing ke, scammer ke, dan lain-lain. 

Bagi aku, apps ni sangat membantu dari segi mengelakkan spam call dan scammer. Dan mudah untuk kita mengenal pasti sama ada call tersebut betul-betul penting atau pun tak.

Semoga bermanfaat. Till then, take care ;)