Search Bar

Tuesday, March 21, 2017

Shopping di Uniqlo!

Aku memang sukaa shopping online. Sebab aku malas nak bersesak kat mall, duit parking, duit minyak lagi. Lebih kurang je. Kalau shopping online, order je. Sampai ke pintu rumah dia hantar. Jimat masa. Choice pun banyak. Kadang bila shopping kat stores, apa yang kita nak tu habis stock, tak payah pening-pening, order je kat website dia.

Antara tempat favorite aku untuk shopping ialah Uniqlo. Sebab aku suka Uniqlo adalah kerana kualiti dan harga nya yang berpatutan. Paling aku suka drape pants Uniqlo. selesa bakhanggg. :D

Selain tu, Uniqlo juga environmentally and socialy friendly. Bagi aku keselesaan adalah perkara yang utama. Pakaian dia pun bila kau pakai selesaaa sangat. Sebab material pakaian kat Uniqlo lembut dan sesuai dipakai bila cuaca panas dan breathable. Sangat value for money.  Bila kau dah reach certain age, kau akan realize comfort matters more than anything else.

Now ada promosi! Bila korang daftar and subscribe newletter dari Uniqlo dengan pembelian RM 100 ke atas korang akan dapat jimat RM 10 dan bagi pembelian RM 150 ke atas akan dapat free postage!

Graphic T-Shirt pun RM 19.90 je! Jeans and pants RM 59.90. maigodd. rambang mata! haha.



Cara pembelian di website sangat mudah. Kat bawah ni step by step shopping kat website Uniqlo ye.

1. Firstly, korang buka webiste Uniqlo (http://www.uniqlo.com/my/store/)


2. Create an account. Isi detail korang. Kelebihan membership Uniqlo ni adalah korang akan dapat promosi dan Discount melalui email, plus senang untuk korang Track Order korang.



3. Start Shopping! Korang boleh pilih barang yang korang nak beli. Choice banyak untuk Women, Men dan Kids. Selain tu, korang boleh click Value Buy untuk sales harga yang berbaloi-baloi! hihi. My favourite section ;p


4. Bila korang dah pilih baju yang korang berkenan, korang boleh pilih color dan size dia. korang boleh click kat size chart untuk bantu korang pilih saiz yang sesuai.


5. Add to shopping cart bila korang dah decide dan comfirm nak barang tu.

6. Click "proceed to checkout"


7.Check Alamat, Barang dan Harga, Buat Bayaran online and place order now bila selesai buat pembayaran


6. Uniqlo akan send invoice dan tracking number korang.


Senang kan? Selepas beberapa hari korang akan receive barang. Mudahkan? Apa tunggu lagi? Let’s shopping at Uniqlo! Banyak sales uollss! ;)

Monday, February 6, 2017

Life is all about choices..



You do not know where your decisions come from. They pop up like hiccups. And when you make a decision, people have a great deal of anxiety about making decisions. Did I think this over long enough? Did I take enough data into consideration? 
And if you think it through, you find you never could take enough data into consideration. The data for a decision in any given situation is infinite. So what you do is, you go through the motions of thinking out what you will do about this. But worriers are people who think about all the variables beyond their control about what might happen.
Choice is the act of hesitation that we make before making a decision. It is a mental wobbling. And so we are always in a dither of doubt as to whether we are behaving the right way, doing the right thing and so on and so forth and lack a certain kind of self confidence. 
And if you see you lack self confidence, you will make mistakes through sheer fumbling. If you do have self confidence you may carry get away with doing entirely the wrong thing. You have to regard yourself as a cloud in the flesh, because you see clouds never make mistakes. 
Did you ever see a cloud that was misshapen? Did you ever see a badly designed wave? No, they always do the right thing. But if you will treat yourself for awhile as a cloud or wave and realize that you can’t make a mistake, whatever you do, cause even if you do something that seems to be totally disastrous, it’ll all come out in the wash somehow or other. 
Then through this capacity you will develop a kind of confidence and through confidence you will be able to trust your own intuition. This is the middle way of knowing that it has nothing to do with your decision to do this or not, whether you decide that you can’t make a mistake or whether you don’t decide it, it’s true anyway, that you are like cloud and water. 
And through that realization and without over compensating in the other direction, you will come to the point where you begin to be on good terms with your own being and will be able to trust your own brain.
-Alan Watts on choice

Thursday, February 2, 2017

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalamualaikum and hi!

Oleh sebab stok tempoyak kat rumah banyak, So aku nak share resepi from kak Azie Kitchen Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng. Memang best dan menyelerakan siap bertambah-tambah lagi nasi. Memang terbaik la kalau makan dengan nasi panas-panas. Jom tengok resipi cara buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng ni:

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:
8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - iku pedas disukai
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:
Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan


Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.



Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati.



Tutup api dan sedia dihidangkan.


Thursday, January 26, 2017

Monday, January 23, 2017

Pemenang AJL 31

Anugerah Juara Lagu 31 yang dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur telah menyaksikan Lelaki Terangung nyanyian Dayang Nurfaizah merangkul Juara AJL 31. Memang terbaik lah persembahan dia pada malam tu, dan selama 3 kali berturut-turut dinobatkan sebagai Vokal Terbaik yang membawa pulang RM 12,000.


Persembahan yang mendapat standing ovation daripada penonton dan aku rasa memang layak lah dia menjadi Juara AJL 31 buat kali ini.


Senarai rasmi buat pemenang AJL 31 adalah seperti yang berikut:

TEMPAT PERTAMA AJL 31

Lagu : Lelaki Teragung
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran



TEMPAT KEDUA AJL 31

Lagu : Terimaku Seadanya
Artis : Misha Omar & Hafiz Suip
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai



TEMPAT KETIGA 31 

Lagu : Sudah Ku Tahu
Artis : Projector Band
Komposer : Razif
Penulis Lirik : Razif


PERSEMBAHAN TERBAIK 

Lagu : Hang Pi Mana
Artis : Khalifah


Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.


Cabaran 30 Hari Blogging: Kenapa Saya Suka Tulis Blog

Assalamualaikum and hi!
Alhamdulillah, Cabaran 30 Hari Blogging telah sampai ke penghujungnya. Tajuk yang akan dikupas pada post kali ini adalah kenapa saya suka tulis blog. Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang berlainan tentang kenapa mereka menulis blog. Sesetengah mungkin kerana hobi, dan sebagainya. Berikut adalah antara sebab kenapa aku suka tulis blog dan impaknya dalam kehidupan aku:

#1 Improve "writing skill"
Dengan menulis, ianya adalah salah satu medium untuk komunikasi. Untuk improve kita mesti selalu practice. Selain tu, bila aku berkongsi informasi, aku akan lebih ingat tentang informasi tersebut melalui menulis dan perkongsian. 

#2 Develop healthier habit
Blogging memerlukan masa, kesungguhan, disiplin dan komitmen. Melalui blogging, kita akan dapat berusaha ke arah itu.

#Sharing session
Untuk share pengalaman, tips, review, pandangan dan sebagainya. Personal Journal. Untuk pedoman di masa hadapan. *gitew. Merepek dan membebel pun banyak aku rasa. haha! 

Korang pulak macam mana? Share sikit kat komen. ;)


Wednesday, January 18, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Parents

Assalamualaikum and hi! #29 Topic: Parents



I am nothing without my parents. From a small girl till I grew up. Both of you were always there in my every step of life. There's nothing that I can repay for what you've done to me. There's no one that could replace both of you. Nobody on earth can ever love you more than your parent. :)

Tuesday, January 17, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Impian Saya


  • Send parents to Hajj and Umrah
  • See the Northern lights
  • Participate in Color Run
  • Get my Master Degree
  • Have my dream job
  • Go rockclimbing
  • Go skydiving
  • Learn self defenses
  • Eat healthier
  • Run a marathon
  • Travel by myself
  • Overcome my fears
  • See my favorite band live
  • own a polaroid camera
  • Feed a girrafe
  • Pay off all debt
  • Become financially independent
  • Visit 10 different country
I know my list is a bit scattered, but I’m excited to see how many I can accomplish in 2017! What’s on your bucket list? Let me know down below! ;)

Monday, January 16, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Movie yang paling saya suka

Assalamualaikum dan hi!

Movie yang paling aku suka dan yang terbaru aku tengok adalah Dangal. Review aku tentang Dangal adalah ianya adalah movie yang confirm korang tak menyesal beli tiket wayang untuk tengok. Aku bagi 10bintang. Memang terbaik lah. Sarat dengan emosi *banyak scene sedih, tertumpah juga airmata aku. huhu*, inspirasi dan mengangkat darjat dan kedudukan wanita. One of the best movie yang aku pernah tengok.

Filem Dangal ni adalah adaptasi dari kisah sebenar tentang Mahavir Singh Phongat. Oleh kerana masalah kewangan dia terpaksa menyimpan hasratnya untuk mewakili India dalam sukan Gusti. Namun hasratnya adalah untuk mewarisi bakat yang mengalir dalam darahnya kepada anak-anaknya. Hasratnya tidak kesampaian pada mulanya kerana hanya di kurniakan anak perempuan. 

Dia melanggar norma masyarakat apabila dia menyedari bakat yang ada pada anaknya dan melatih sendiri anaknya ; Geetha dan Babita untuk berkecimpung dalam arena sukan gusti. Dalam filem ni juga korang dapat lihat komitmen Amir Khan menambah beratnya semata-mata untuk filem ni dan training sampai jadi sado sebab filem ni jugak. Transformasi dia banyak orang upload kat Facebook dan ada kat Youtube. Memang aku tabik lah kat Amir Khan!

Filem ni bertemakan kekeluargaan lain daripada yang kita tengok kebiasaannya. Takde cintan-cintun ye. Agak kelakar dan menghiburkan terutama watak Vinesh (sepupu Geetha dan Babita) yang selalu jadi mangsa bila Geetha dan Babita training. Watak Mahavir yang tegas dan tak kisah cemuhan orang kampung buat aku realize kebanyakan sikap orang yang berjaya adalah tak kisah tentang cemuhan dan cacian orang, tapi fokus pada matlamat yang dia ingin capai. 

Mahavir juga memecah kitaran hidup dan tradisi mendiskriminasi wanita yang dianggap tugas wanita hanya di dapur, kena paksa kawin pada usia yang sangat muda, dan jaga anak. Kitaran yang tak pernah berhenti dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bagaimana kitar hidup wanita itu hanya satu kitaran yang sudah ditetapkan dan tidak mampu untuk menentukan masa depannya sendiri.

Babak Geetha yang berubah bila masuk kolej sukan dan mempertikaikan teknik yang diajarkan oleh ayahnya pun sangat meruntun hati. Punyalah ego sampai sanggup lawan gusti dengan ayahnya yang sudah tua semata-mata nak prove teknik dia yang terbaik. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok lah ey. Tak nak jadi spoiler kat sini. hihi. Berbaloi tengok! Tak menghampakan. Aku nasihatkan sediakan tisue sebelum tengok ;)




Sunday, January 15, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Kids

Assalamualaikum and hi!
Tajuk kali ni adalah Kids. hmm. Kids blom ada, anak tekak je ada. huhu. So, aku post gambar anak buah aku lah ye. ;p

Dua budak demok

Saturday, January 14, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Sumber Inspirasi




Assalamualaikum and hi! 

My inspiration is Nick Vujicic and Lizzie Velásquez. Too often we let circumstances defined who you are. But they refused to let physical limitations hold them back. So many of us take things in our life for granted. 

Nick born with no arms and legs, he is extremely thankful for a little foot and Lizzie stood up for herself, and showed me what true beauty really is. Learning about them has helped me appreciate what I have instead of complaining about what I lack.

They teach me to be thankful. Regardless of your situation, always be grateful. Choose to be happy because we always have the CHOICE :)

Friday, January 13, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: SOHO

Assalamualaikum and hi!

Alhamdulillah, sudah hampir kepada penamat cabaran 30 Hari Blogging, tajuk #24 adalah SOHO. Apa itu SOHO. Layman's term dia adalah pejabat kecil di rumah.

SOHO adalah singkatan Small Office Home Office, yang boleh kita beli sebagai kediaman dan juga sesuai dibuat sebagai pejabat. Ia bersaiz sederhana besar, ada ruang bilik tidur, tandas yang lengkap, serta ruang tamu.

SOHO idaman. Insyallah. One fine day ;)


Thursday, January 12, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Binatang Yang Paling Menakutkan

Assalamualaikum and hi!

Kepada yang takut dengan lipas, mesti korang memahami kan perasaan aku. Sumpah geli! Dengan jari dia yang ada cangkuk-cangkuk tajam tu. Yang lebih scary tu bila dia ada sayap dan terbang. pergh. Yang peliknya, makin kita takut dengan lipas tu, makin galak dia terbang kat kita. 

Paling fobia dengan lipas terbang ni. Musuh ketat aku. Sejarah hitam aku dengan lipas ni, pernah time drive dengan member, tiba-tiba muncul makhluk ni entah dari celah mana datang. Apa lagi. Haru biru la. Masing-masing macam terkena histeria time tu. Member siap terlompat lagi. Bahaya weh. hahaha. I hate u lipass. 

Korang pulak takut binatang apa?



Wednesday, January 11, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Kereta Idaman

Assalamualaikum and hi!

Kereta idaman aku ialah Range Rover Evoque. Sangat smart. Dari mata turun ke hati.

Tuesday, January 10, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Subjek Kegemaran Saya

Assalamualaikum and hi!
Kali ni tajuknya adalah subjek kegemaran. Subjek kegemaran aku adalah subjek Sejarah. Kenapa aku minat Sejarah? Sebab aku suka ingat tarikh dan fakta-fakta.


Bagi sesetengah orang mungkin merasakan bahawa subjek Sejarah tu sangat membosankan. Tapi bagi aku Sejarah adalah subjek yang menarik untuk dipelajari. Ianya kerana korang boleh mempelajari tentang latar belakang negara lain, kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kita boleh "kembali ke zaman silam" dan mempelajari sesuatu tentangnya. Melalui Sejarah semua ini ada jawapannya.

Sejarah itu juga tidak akan pernah berhenti dan sama ada ianya akan berulang, evolve ataupun Sejarah baru akan tercipta.

Dengan mempelajari Sejarah, aku dapat meluaskan horizon aku, explore budaya lain dan idealogi lain, kita dapat melihat kaitan Sejarah dan kesannya terhadap dunia.

Korang pulak cam mana? Jom share kat komen ;)


Monday, January 9, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Cikgu paling best di sekolah

Assalamualaikum and hi !

Bercerita tentang cikgu sekolah kegemaran yang aku still ingat sampai sekarang ialah Teacher Margeret. Cikgu ni mengajar time sekolah rendah aku dulu. Perwatakan lembut dan sangat baik hati. Selain tu cara dia approach student sangat baik. Everytime dia buat spelling test, siapa yang dapat markah tinggi dia akan bagi hadiah. Sangat komited buat kerja dan seorang yang penyabar. Before tu aku memang tak suka subjek English. Namun atas pendekatan yang Teacher Margaret ni memupuk minat aku dalam subjek English. Terima kasih cikgu :)

Sunday, January 8, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum and hi!



Kelakar bila tengok gambar zaman kanak-kanak. Cepat dah masa berlalu. Makin tua dah kita ni. Haha!

Aku dibesarkan dalam adik beradik yang semua lelaki kecuali aku. So zaman kanak-kanak aku, aku nak sangat ada adik-beradik perempuan. Sebab apa? Boleh la teman main masak-masak ke, share-share baju ke. haha.

Aku nak buat throwback sikit tentang zaman kanak-kanak aku. 


Bila tengok gambar kat atas ni teringat memori zaman kanak-kanak.

Dulu, no gadget. no Wicet, no Facebook. Nak berkenalan dengan buku biodata. Yang ni wajib isi. kalau tak, tak nak kawan beb. haha. Pastu yang glamour dulu paper doll yang boleh tukar-tukar baju tu. 



Aktivit lepas balik sekolah pulak main baling selipar, main guli, main teng-teng. Bila nak masuk Magrib, mak panggil, baru lah balik rumah. huhu. 

Mesti korang pernah buat camni kan? haha

Aktiviti hujung minggu pulak basuh kasut. Pastu tengok kartun Dragon Ball. Tips nak bagi kasut kering cepat ialah letak belakang peti ais.

Aiskrim paling lejen!
Zaman kanak-kanak korang pulak camne? meh share kat komen! ;)

Saturday, January 7, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: My Gadget

Assalamualaikum and hi!


Cabaran #17 adalah My Gadget. Kat atas ni adalah my gadget. Yang paling lama ialah laptop Acer tu. Almost 4 tahun dah. Beli time before masuk Degree. Sangat berjasa untuk buat assignment dan jarang meragam. Ipad still lagi bertahan walaupun pernah jatuh sampai screen crack. Iphone 6 beli hasil menabung, and Samsung S6 Edge tu dapat sebab menang contest. Instax mini tu my favorite. Cute kan color-color pastel camtu. Design dia pun cute dan compact. Aku beli pun sebab aku suka gambar polaroid. hihi.

That's all for my gadget. Till then, take care ;)

Friday, January 6, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Travel

Assalamualaikum and hi!

Yeay, dah masuk hari ke #17 cabaran 30 hari blogging ni. Tajuk kali ni adalah travelling. Kebanyakkan dari pada kita mesti suka kan travelling. Tapi ada satu part yang aku tak suka bila travel. Apa dia tu? Part packing barang. Mesti korang pun macam aku, pening bila nak packing. Biasalah perempuan, bila travel mesti rasa nak angkut satu almari tu terus. lol. 

Tips Packing

Okay, untuk memudahkan proses packing tu, aku nak berkongsi dengan korang satu tips yang dapat membantu korang untuk travel light dan bawak benda yang perlu sahaja bila travel. Yang kita perlukan adalah checklist macam yang kat bawah ni.




Till then, take care! ;)

Thursday, January 5, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Obsession

Assalamualaikum and hi!

Obsession adalah tajuk ke #16 Cabaran 30 Hari Blogging. Bercerita tentang obsession, based on Buzzfeed quiz ni, obsession aku adalah...


Hmm. Interesting. Just for fun lah ye. Jangan percaya sangat. khurafat. lol. Korang boleh la try quiz ni and share result kat comment. ok.

Till then, take care! ;)



Wednesday, January 4, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Blog I Love

Assalamualaikum and hi!

Blog I love. Hmm. Agak mencabar tajuk #15 ni. Sebab apa? Sebab terlampau banyak blog aku suka baca dan selalu blogwalking kat situ. Aku pun pening nak pilih blog mana sebagai "Blog I Love" ni. So aku akan beritahu ciri-ciri blog yang aku suka secara general je lah ye..

Antara ciri-ciri Blog yang mendapat tempat di hati aku. chewahh ;D


Susun atur yang menarik:
Apa yang aku maksudkan sebagai susun atur yang menarik ini adalah blog yang nampak kemas dan teratur, tak banyak sangat iklan, perenggan tak berterabur, tak serabut dan color tak striking. Kalau jenis yang pop up banyak sangat dan kena loading lama pulak tu memang terbatal lah niat murni aku nak lepak kat blog tu. haha.

Penulisan yang menarik:
Aku suka blog yang mempunyai gaya dia yang tersendiri dan banyak informasi terutama sekali yang suka buat tips dan tutorial DIY, masakan, baking, gadget, travel, itinerary dan sebagainya. Aku respect blogger yang camni sebab tak lokek berkongsi ilmu :)

Gaya bahasa yang santai dan mesra:
Blog yang sempoi-sempoi je dan menggunakan bahasa yang tak terlalu formal dan susah untuk difahami. Sebab kita baca blog ni untuk santai. Kalau bahasa tahap ujian SPM Bahasa Melayu kertas Sastera, aku pun tak boleh nak hadam. haha! Selain tu aku suka blog yang mesra dan support rakan blogger yang lain. 

Okay, tu je lah yang aku nak share tentang "Blog I Love" untuk kali ni. Korang pulak macam mana? Till then, take care ;)

Tuesday, January 3, 2017

Segmen Bloglist 2017

Assalamualaikum and hi!
Klik Banner untuk join. 


Segment: Follower meningkat dengan mudah

Assalamualaikum and hi!

Let's support each other. Jom join. Just click banner kat atas ni untuk join ye ;)

blogID=1466328487389423118

Apps untuk mengelakkan spam call dan scammer

Assalamualaikum and hi!

Pada entry ni aku nak berkongsi dengan korang tentang satu aplikasi yang amat berguna untuk mengelakkan spam call atau mengenal pasti call dari scammer yang tak diingini.

Mesti ada sesetengah daripada kita yang rimas jika mendapat call dari telemarketing yang jual card credit la, insurance la dan sebagainya. Kita tak boleh salahkan mereka jugak, sebab memang dah kerja dorang camtu. Cara untuk reject secara halus adalah dengan mengunakan apps ni:


Apps ni adalah TrueCaller. Korang boleh download kat Google Play atau Apps Store. Free je.

Apps ni akan detect number yang dikenalpasti sebagai spam dan details tersebut akan muncul time number tu call korang. Walaupun kita tak save number tu, dia akan notify pangillan tu dari siapa berdasarkan report yang user lain berikan. So korang tau la sama ada yang call tu telemarketing ke, scammer ke, dan lain-lain. 

Bagi aku, apps ni sangat membantu dari segi mengelakkan spam call dan scammer. Dan mudah untuk kita mengenal pasti sama ada call tersebut betul-betul penting atau pun tak.

Semoga bermanfaat. Till then, take care ;)


Cabaran 30 Hari Blogging: Favorite Color

Assalamualaikum and hi!

Whoa! dah masuk hari ke #14 cabaran 30 hari blogging! Alhamdulillah, hampir separuh cabaran sudah di selesaikan. Kali ni, kita nak borak pasal favorite color. Semua orang ada favorite color. Bagi gegirl kebanyakkan nya mesti minat pink kan? hehe. Tapi aku bukanlah peminat color pink. Favorite color aku green. Author yang aku minat pun John Green. Pergh. Nampak tak obses dengan Green kat situ? haha. 

Why I love green? Bagi aku color hijau ni sangat menenangkan. Kalau stress, korang tenung la apa-apa benda yang color hijau. Example, pokok bunga ke cactus ke. Apa-apa je lah yang color hijau. Insyallah, korang akan kembali tenang selepas tu. Selain tu, color hijau mengikut kajian dapat meningkatkan fokus dan kreativiti.

Aku nak berkongsi juga tentang warna kegemaran dan kaitannya dengan personaliti korang. Korang minat color apa? Jom share kat comment. I would like to know more about you ;)



Monday, January 2, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Petua Orang Lama

Assalamualaikum and hi!
Pada kali ini, aku akan berkongsi cabaran #13 iaitu petua orang lama. Petua orang lama ni kadang-kadang agak mujarab dan lebih natural kerana banyak mengunakan bahan-bahan semulajadi dan kita boleh avoid dari mengunakan bahan yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya terutamanya dalam menangani masalah kesihatan dan sebagainya. Bak kata orang, back to nature. Giteww. ;D

Okay, enough bebel. Aku nak share some of "Petua Orang Lama" hasil dari pertolongan Pak Cik Google. muehehe.



Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menanggalkan bintik hitam di muka
Ambil sedikit beras pulut dan kulit kayu manis. Goreng kedua-duanya tanpa minyak sehingga beras pulut menjadi agak kekuningan. Kisar dan simpan dalam bekas kedap udara. Bila hendak menggunkannya, ambil sedikit campuran tersebut dan letak beberapa titis air. Kemudian gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Kulit muka lembut dan cerah
Parut sebiji kentang dan perah airnya. Sapukan pada muka. Biarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

Melicinkan kulit muka
Kisar sedikit beras pulut sehingga menjadi serbuk. Tambah sedikit air dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Biar semalaman. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.


Sunday, January 1, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging: Tips Kecantikan

Assalamualaikum and hi!

Kita semua tahu yang kebersihan dan kekemasan diri merupakan salah satu element yang penting sebagai seorang Muslim. Sudah menjadi fitrah semua orang suka pada kecantikan, terutama bagi wanita. So topic #12 adalah Tips Kecantikan. Aku akan berkongsi serba sedikit tentang tips kecantikan yang aku dapat melalui bacaan aku. So, sharing is caring! ;)

Penjagaan harian:
  • Ambil supplement dan amalkan pemakanan yang sihat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. Sebaiknya 6-8 jam sehari.
  • Kurangkan pengambilan gula dan snek yang banyak MSG.
  • Try infused water atau detox water. Infused water ataupun detox water ni adalah plain water yang dicampurkan dengan hirisan timun dan lemon atau mana-mana buah pilihan korang dan diletakkan di dalam peti ais untuk semalaman.
  • Minum air yang dicampurkan dengan perahan lemon sebelum tidur.
  • Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Tanggalkan make up sebelum tidur.
  • Gunakan sunblock yang mempunyai sekurang-kurangnya 30spf.

Weekly:
  • Gunakan mask. Kita boleh buat mask homemade dengan mengunakan bahan semula jadi
  • Intense cardio or exercise 3 kali seminggu
  • Gunakan coconut oil sebagai hair mask
  • Amalkan minum teh hijau
  • Gunakan scrub semulajadi dengan mengunakan sea salt
  • Bersihkan brush make up

Monthly:
  • Go for professional facial
  • Pergi buat rawatan spa


Senarai Pemenang Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum and hi,

Seperti yang dijanjikan, aku akan umumkan senarai pemenang bagi Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue. Pemilihan dilakukan dan dipilih secara rawak melalui random.org. Berikut adalah senarai pemenang:











http://whateverapa-apasahaja.blogspot.my/2016/12/segmen-pencarian-bloglist-2017-blog-cik.html






Tahniah kepada semua yang tersenarai. Dan terima kasih juga kepada yang menyertai segmen ni. Thank you for your support. Happy New year 2017! 

Till then, take care ;)