Search Bar

Wednesday, November 30, 2016

Bagaimana untuk survive RM 3 sehari di Kuala Lumpur

Boleh tak anda imagine, macam mana cara untuk survive dengan hanya RM 3 sehari di tengah ibu kota? Jom kita ikuti kisah seorang lelaki yang bernama Muhd Alatas. Semoga memberi inspirasi kepada pembaca.




Resepi Sup Tulang Mudah dan Simple

Assalamualaikum and hi!
Harini aku nak share resepi Sup tulang yang simple dan ringkas. Yang penting sedap. *campak-campak tetiba tersedap la pulak. ehehe*

Ok, ni resepinya:

Bahan-bahanya:
1 kg tulang dan daging
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
Garam secukup rasa
1 paket rempah sup tulang (yang ada sup bunjut dan rempah kasarnya sekali)
Ajinomoto (optional)

Bahan yang bertanda * di mayang halus

Bahan yang di mayang halus

Bahan hiasan:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi (kalau suka pedas)

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan tulang dan daging. setelah bersih toskan.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga perang
  3. Kemudian, masukkan halia dan lengkuas
  4. Masukkan 1 paket rempah sup tulang. Kacau sebentar.
  5. Masukkan tulang dan daging, selepas tu baru masukkan air secukupnya.
  6. Tutup periuk dan rebus sehingga empuk, kemudian masukkan garam dan ajinomoto.
  7. Siap dan hidangkan bersama bahan hiasan
Simple kan? Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba :)

Inilah hasilnya ;)

Monday, November 28, 2016

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Assalamualaikum and hi!
Harini terasa rajin pulak nak join segmen.
Jom join segmen from Murni Alysa.
Just click banner kat bawah ni ya.
TQ :)


Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum and Hi! 
Jom join Segmen dari kak Shuhaida Kabdy 
Boleh click banner di bawah yaa. 
selamat bersegmen! :)


Sunday, November 27, 2016

Review| Trip Pulau Mersing

Perjalanan bermula dari Kuala Lunpur dengan 3 buah kereta. Kami gerak dari KL malam untuk elak jem. Penjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bila tiba di kawasan Pedas-Linggi, hujan turun dengan lebat berserta dengan ribut membuatkan aku tak leh nak tido. Agak berbahaya time tu sebab ada eksiden yang berlaku di kawasan tu.

Kami sampai di Masjid Jamek Mersing pada pukul 5 pagi. Setelah menunaikan solat subuh, kami berehat kat situ sebab masih terlalu awal nak pergi jeti.

View Masjid Jamek Mersing

Kami sampai di Jeti Mersing lebih kurang pada pukul 8, dan kat situ kami breakfast terlebih dahulu sambil menunggu agen kami yang mengurus 50% itinerari kami di Mersing. Tiket Taman Laut dah dibeli, dan tibanya masa kami untuk naik bot.

Muka eksited masing-masing.

First destination adalah pulau Maldives. Bukan oversea tau, yang ni Pulau Maldives version Malaysia. Ni just nama jolokan orang lokal bagi kat pulau ni sebab ada sand bank ala ala Pulau Maldives. Memang lawa, kalau nak ambik gambar memang marvellous la. lebih kurang sejam jugak kami di situ. hehe.

Ada Gua kecik kat situ
Next destination, abang bot tu bawak kami ke Pulau Rahsia, kat situ tiada pantai cuma berbatu-batu ja dan ada satu gua kecil. Kami just berpijak pada batu yang ada kat situ. Kena hati-hati sebab batu kat situ tajam. Air kat situ jernih, sesuai untuk snorkeling. Corals pun cantik-cantik.


Setelah puas berenang di situ, abang bot bawa kami ke destinasi seterusnya, berhadapan je dengan kawasan kami berenang tadi dan lunch di situ. Lepas makan kami explore pulau tu, sebelah pantai yang kami lunch ada sebuah gua dan kami spend time n\berehat dan photoshoot kat situ. haha.


Bot sampai dan bawak kami ke Gerbang Rahsia atau Sea Arc. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut tentang sea arc. Memang lawa tapi kena berhati-hati kerana agak dalam dan sempit. Kena try sekali seumur hidup untuk berenang melalui Sea Arc. Awesome experience!

Awesome view



Masing-masing dah penat dan kami terus menuju ke Pulau Besar. Tempat kami menginap adalah Chalet Kak Murni, bagi lelaki pulak, diorg tido kat khemah dan hammock je. Baru lah adventerous kan. hehehe

Makan malam dah disedia kan pada malam tu dan kami buat sharing moment di hadapan unggun api



Pagi Ahad tu kami habiskan masa before balik dengan aktiviti snoorkeling dan swimming sebelum berangkat balik ke KL.


Kos untuk trip 2 Hari 1 Malam adalah lebih kurang RM300 seorang termasuk kos dari KL-Mersing, Penginapan, dan makan. Kesimpulannya, trip ke Mersing memang berbaloi jika anda seorang yang gemar melihat keindahan pulau dan laut.

P/S: Our trips also been featured in Oh Bulan. Boleh baca kat sini

Saturday, November 26, 2016

Review | St Ives Blemish Control Apricot Scrub.

Assalamualaikum dan hi!

Pada post kali ini, aku nak buat review dan berkongsi pengalaman mengunakan produk dari St Ives, iaitu Blemish Control Apricot Scrub.

Kulit kusam dan mempunyai blackhead merupakan salah satu masalah yang sering melanda kita. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengunakan scrub untuk membuang sel kulit mati di wajah.


Product ni merupakan scrub favourite aku sebab selepas guna korang akan rasa kulit korang lembut sangat. Produk ni adalah skincare dari USA yang mengunakan ekstratk buah apricot dan bebas dari Paraben. So memang sesuai la untuk kulit sensitif dan mengandungi 2% Sallcylic Acid untuk mengecutkan jerawat.

Tetapi ingat, jangan gunakan scrub ni tiap hari. Gunakan dua atau tiga kali seminggu. Kalau berlaku kerengsaan kulit, sila stop pengunaan kerana mungkin korang mempunyai alahan terhadap Apricot



Harga: Lebih kurang dalam RM 15 *beli kat Guardian time promosi*
Berat: 170gm
Kat mana nak beli: Guardian, Watson dan lain-lain hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon
Kegunaan: Scrub, merawat jerawat.

Pro
  • Mengawal blackhead dan jerawat
  • Mengawal minyak di wajah
  • Harga berpatutan dan tahan lama. Aku guna 3 kali seminggu. Sekarang dah 4 bulan guna belum abis lagi
  • Lepas guna muka akan rasa bersih
  • Bau wangi dan fresh
  • kandungan yang digunakan adalah dari bahan yang natural.

Contra
  • Bagi sesetengah orang, maybe akan tak suka dengan tekstur beads dia yang agak besar. 
  • Tak sesuai bagi orang yang mempunyai kulit yang terlampau kering. 

Rating:
Aku bagi St Ives Blemish Control Apricot Scrub.9/10. 

Bagi yang nak cuba produk ni, Boleh beli dalam tube kecik dulu. Mana tau sesuai dengan kulit uolls.


Giveaway miniature photography by waza studios

Assalamualaikum dan hi, 
Jom support Giveaway blogger Mirza Syazwina iaitu "giveaway miniature photography by waza studios".

Untuk pemenang cabutan secara menual akan dilakukan dan sebanyak empat orang pemenang yang akan dipilih.setiap pemenang gambar nya akan diedit sebanyak dua gambar sahaja.selepas itu,setiap pemenang mestilah meletakkan gambar tersebut di ig atau di blog masing-masing.

Buat yang berminat untuk join, sila clik banner ok. thank youu. :)


SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

Assalamualaikum dan hi!

Jom join Segemen Bloglist Cik La. Buat siapa yang nak join. Boleh klik banner di bawah yaa.

Segmen bermula sekarang, 25/11/2016 hingga 30/11/2016 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 5 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist  selama sebulan.... Tapi kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat encik random.org.


Friday, November 25, 2016

Cik Zue gets her Degree!

Assalamualaiakum and hi!

Dalam post ni, aku akan share perihal konvo aku. Actually dah lepas dah. *throwback ckit*. Setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah di UniKL, akhirnya, dapat jugak mengengam segulung Ijazah. Alhamdulillah!

Konvokesyen berlangsung pada 23 November 2016 di PICC. Before tu, sempat la ambik gambar pre Convo sikit. Untuk kenangan orang kata. Tapi takde la upah Photographer semua bagai. Jimat kos sikit. hehe.


Pada hari Konvokesyen tu, memang tak sempat nak bergambar. Lepas konvo terus pulangkan jubah, ambik scroll dan settle kan urusan lain. Sumpah penat. Time konvo tu pulak ngada2 nak pakai heels. rasa nak patah kaki den. haha.




with my parent. This is for both of you :)



Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Finally I did it!



Apa itu airBnb?


Pernah tak dengar pasal airBnB. Pada yang sudah arif tentang dunia travelling, pastinya sudah mengatahui tentang airBnB.

Mungkin para pembaca sudah familiar memesan penginapan melalui Agoda, Traveloka, dan Trivago yang membolehkan pelanggan memesan tiket penerbangan, penginapan hotel dan sebagainya.

Berbeza dengan airBnB, ianya hanya menyediakan penginapan dan yang terbaru menyediakan “experience” untuk pengguna, agar mereka dapat merasai pengalaman berinteraksi dengan penduduk bandar yang mereka lawati dan mengenali kehidupan penduduk local.

Dengan erti kata yang mudah, airBnB menyewa rumah dan apartment untuk penginapan dengan harga lebih jauh murah dari hotel di serata dunia dan boleh menikmati pengalaman kembara yang lebih bermakna.

Pasti ramai yang teruja untuk mencuba khidmat airBnB kan? Bagaimana pula cara pembayaran nya? Cara pembayaran airBnB boleh dilakukan melalui Kad Kredit atau melalui PayPal.

Pengguna tidak perlu risau tentang kes penipuan, kerana setiap pembayaran akan masuk ke airBnB terlebih dahulu, dan apabila kita sudah check in dan check out barulah pebayaran dilakukan oleh airBnB kepada pemilik.

FAQ tentang AirBnb
Perlu bayar tak deposit?
Untuk airBnB, pembayaran haruslah dilakukan secara penuh.

Bagaimana cara untuk mengelakkan penipuan?
Antara tips untuk mengelakkan penipuan melaui airBnB adalah:

  • Membaca review yang diberikan oleh pengunjung. Semakin banyak review, maka Insyallah, semakin boleh dipercayai dan selamat tempat yang anda ingin menginap.
  • Lihat rating rumah tersebut untuk memastikan anda lebih selesa untuk menginap di tempat tersebut.
  • Pertimbangkan harga, lokasi, dan gambar yang disediakan. Kandangkala, harga yang rendah tidak bererti mempunyai kualiti yang buruk. Jangan tertipu!  

Waktu Check In dan Check Out?
Ianya bergantung kepada pemilik rumah. Sesetengah pemilik rumah fleksible tentang masa Check In dan Check Out berdasarkan kekosongan property tersebut.

Apakah peraturan yang ditetapkan?
Pemilik rumah biasanya akan menetapkan peraturan seperti larangan merokok, larangan membawa haiwan peliharaan, dan sebagainya. Bagaimanapun, semua peraturan berbeza mengikut pemilik masing-masing.

Adakah kita tinggal sekali bersama pemilik rumah?
Terdapat penginapan yang hanya menyewakan bilik dan tinggal bersama pemilik. Ianya akan dinyatakan di ruangan info yang tertera “shared room”,”private room” dan “entire place”. Kebanyakan pemilik menyewakan rumah dan apartment kosong.

Adakah breakfast disediakan?
Ianya bergantung kepada pemilik rumah tersebut. Terdapat pemilik rumah yang menyediakan “complimentary snacks” dan sebagainya. Semua fasiliti akan ditulis pada profile rumah tersebut.

Apakah jumlah bilangan pengunjung yang ditetapkan?
Pemilik rumah akan menetukan jumlah minama dan maksima pengunjung yang boleh menginap. Sila rujuk profile rumah tersebut.

Banyak tawaran hebat yang boleh anda nikmati jika anda menginap mengunakan airBnB, anda boleh mendapatkan Travel Credit yang bernilai RM 90 di sini untuk jumlah diskaun yang berbaloi-baloi. Jom travel!



Thursday, November 24, 2016

Pengalaman join SL1M TM

Assalamualaikum dan hi!

Dalam post ni, aku nak ceritakan pengalaman aku mengikuti program SL1M TM. Aku adalah intake 9.0. Bagi yang tak tahu apa itu SL1M, SL1M adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

Bagaimana untuk memohon SL1M TM? Korang boleh memohon melalui website ini

Untuk SL1M TM, ianya melibatkan 8 bulan latihan, iaitu 2 bulan untuk Softskill training dan 6 bulan untuk On Job Training. Untuk 2 bulan Softskill training korang akan ditempatkan di MMU Melaka. Penginapan korang juga disediakan selama tempoh latihan di Ixora Apartment. Jangan risau, hostel yang bakal korang duduki sangat selesa, siap ada swimming pool, gym lagi.

Jarak dari Ixora Apartment ke MMU Melaka adalah lebih kurang 10 minit. Kalau jalan tiap-tiap hari memang boleh kurus! haha. Aku duduk kat Tingkat 15, memang nampak la view Melaka dari balkoni.

View dari balkoni

Housemate yang gila-gila belaka. Rindu!


Buat kaki hiking, korang bolehlah hiking kat Bukit Beruang, dekat ja dengan MMU Melaka ni.


Kalau bosan-bosan tu boleh la panjat Bukit Beruang.

Untuk training softskill, korang akan belajar tentang Grammar, skill Computer, Grooming dan Ettiquette dan sebagainya. Trainner terdiri daripada pensyarah MMU. Trainner memang fun dan sporting. Memang enjoy la training selama 2 bulan tu.

Untuk masa training tu, memang mengikut office hour (9 pagi-5 petang).

Kelas Grooming

Team Emerald


Selain tu, jangan risau tentang tempat makan, sebab memang banyak kedai makan berdekatan dengan MMU Melaka untuk korang sihat dan membesar dengan jayanya. Maklum lah, makanan kat Melaka memang sedap-sedap belaka. haha.

Pihak Synergy MMU akan organize aktiviti Team building dan Sport Day Carnival untuk pelatih. Time Sport Day Carnival, macam-macam sukan yang ada seperti kayak, wallclimbing, futsal, netball, bowling dan sebagainya. Oleh sebab aku nak mencuba sesuatu yang baru, so aku secara sukarela memilih wallclimbing. Nasib baik tak menyesal sebab memang best panjat-panjat ni. hahaha


Nampak senang tapi susah.

Overall, review tulus ikhlas aku tentang program ni adalah korang tak akan rugi join sebab korang akan belajar sesuatu yang baru, berjumpa dengan orang-orang baru, di samping dapat meningkaatkan softskill korang. Jika ada sebarang pertanyaan tentang SL1M TM, boleh komen, Insyallah aku akan jawab pertanyaan korang. :)




5 Website yang berguna untuk pelajar



Dunia masa kini yang serba canggih dan semuanya berada di hujung jari membuatkan tiada alasan lagi untuk sesiapun tidak menimba ilmu. Kali ini Cik Zue ingin berkongsi dengan anda tentang 5 website yang berguna untuk pelajar dan yang penting, ianya PERCUMA!

Senarai 5 website yang menawarkan real college course secara percuma ialah:

  1. Coursera (Coursera.org)
  2. MIT Open Courseware (OCW.MIT.edu)
  3. Open Yale Courses (OYC.Yale.edu)
  4. John Hopkins Open Courses (OCW.JHSPH.edu)
  5. Oxford Math Open Courseware (Maths.oc.ac.uk/courses)
Sekian saja perkongsian Cik Zue buat kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. :)

Wednesday, November 23, 2016

Cara untuk membuat Blog

Pilih nama yang simple, "catchy" dan senang untuk diingati

Ada apa dengan nama? Pemilihan nama memainkan peranan yang penting untuk memastikan blog anda senang untuk dijumpai melalu Google atau enjin carian yang lain. Pastikan nama anda unik dan tidak sama dengan blogger yang lain.

Mengunakan Host

Jika anda serious dalam berbloging, anda harus mempertimbangkan untuk mengunakan Host.

Host akan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Bandwith untuk pembaca untuk mengakses blog anda
  • Hard drive space dan storage untuk kegunaan seperti software, gambar dan tulisan.
  • Membantu anda untuk membuat blog yang lebih profesional dengan menggunakan tool dan servis yang disediakan.


Mengunakan Host sebenarnya berpatutan kerana terdapat pelbagai pilihan Host yang menawarkan servis mereka dengan harga serendah $5 sebulan.

Sebelum membuat keputusan, pastikan anda membuat sedikit research untuk memastikan anda berpuas hati dengan pilihan anda nanti.

Mulakan dengan Blogger, Wordpress

Selain Blogger, Wordpress juga senang untuk digunakan, pantas dan menawarkan customization untuk blog yang unik. Anda juga membolehkan and memilih theme. Theme adalah salah satu tool untuk mencantikan dan mengemaskan lagi blog anda. Anda boleh mendownload theme anda dari Wordpress atau dari website lain seperti Themeforest.

Mulakan Menulis!

Setelah selesai Set Up blog anda, anda boleh mulakan dengan apa yang pembaca mahukan, iaitu Content.

Tajuk dalam post anda perlu senang di cari melaui enjin carian dan RSS feed untuk memastikan ianya boleh dicapai oleh pembaca dengan lebih meluas.

Antara content yang boleh menjadi pilihan adalah pengalaman, tips, pengatahuan atau sesuatu yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca anda.

Sekian saja Tips Blogging dari saya. Semoga bermanfaat :)