Search Bar

Thursday, December 1, 2016

Review Filem Ouija: Origin of Evil




Sipnopsis:

Movie "Ouija: Origin of Evil" merupakan filem yang kedua selepas filem "Ouija" (2014). Filem pertama menceritakan diorang memangil roh Debbie untuk mengetahui punca kematian dia. Beza nya filem kedua ni adalah tentang family yang berlatarkan pada kota Los Angeles pada tahun 1965 yang tinggal di rumah yang sama dengan Debbie.

Seorang ibu tunggal, Alice Zander yang tinggal bersama dua orang anaknya, Lina dan Doris memiliki sebuah perniagaan scam yang kononnya dapat berinteraksi dengan roh oran yang telah mati. Cara mereka menipu memang kreatif, dan problem start berlaku apabila Alice mengunakan Ouija board sebagai prop untuk memajukan bisnes scam dia.

Bagi yang tak tahu apa itu Ouija board, ianya adalah satu permainan memangil roh, yang mempunyai angka dan huruf. Lebih kurang maca Spirit of Coin. Syarat yang perlu dipatuhi ialah tak boleh main permainan ni sorang dan mesti ucapkan "goodbye".

muahahaha *gelak besar*
Dari situ, Doris start mengunakan oujia untuk berhubung dengan ayahnya yang telah mati. Doris start berkelakuan aneh dan mempunyai "kawan" yang merupakan "penghuni" rumah mereka. Alice juga telah melanggar syarat permainan tersebut.

Untuk mengetahui kisah seterusnya, korang kena la tengok sebab aku tak suka jadi spoiler. ehehe.

My Review:


Kemain besar hang bukak mulut. banyak kali jugak scene dia nganga ni. lol

Cerita ni tak seram sangat tapi banyak part terkejut-kejut. Awal-awal agak slow dan bosan, tapi bila Alice bawak Ouija board tu kat rumah dia start seram dan banyak scene terperanjat. Hantu oujia tu pun keluar kejap-kejap je. Yang banyak part seram tu muka Doris je. haha. kira cerita ni still okay la kalau nak layan.

Scene panjat-panjat macam Spiderman pun ada.

Overall aku bagi 7/10 bintang.

Bagi siapa-siapa yang belum tengok dan teringin nak tengok, boleh tengok kat sini. hope korang enjoy ! ;)