Search Bar

Tuesday, December 6, 2016

#MyTravelokaEscapade : London!

Anda stress dengan kerja yang berlambak-lambak kat ofis? Annual leaves banyak lagi? Travel addict tapi bajet lari? Jangan bimbang! Dengan Traveloka, anda dapat merealisasikan impian anda dengan harga yang amat berbaloi. Kini, destinasi impian anda bukan hanya sekadar mimpi lagi! Melancong kini lebih mudah dengan Traveloka. Anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel dengan diskaun yang hebat melalui apps dan website Traveloka iaitu https://www.traveloka.com/

Click untuk details


Kali ini, Traveloka bermurah hati untuk memberi anda peluang melancong ke destinasi idaman anda secara percuma melalui contest #myTravelokaEscapade. Yes, for FREE! Tunggu apa lagi? You need a holiday lah!



My dream vacation definitely London. Kota yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. One of the greatest city in the world. Dari kecik dulu selalu berangan dan dah tertanam cita-cita “dah besar nanti nak pergi kat London lah!” Tak salah kan berimpian? Sometimes magic does happen. Ehehe.

Misi Food hunting di London


Bila Traveloka dah approve impian aku dan sebaik saja sampai di London, benda yang pertama yang aku akan buat adalah MAKAN. lol. Bagi memudahkan misi food hunting ni, aku akan download app yang menyenaraikan nama restoran yang terbaik dan Halal di area yang aku lawati atau search kat internet tentang restoran makanan halal popular yang terdapat di London. Sambil-sambil tu boleh la jalan-jalan sekitar kota London seperti Piccadilly Circus atau Oxford Street.

Buckingham Palace

Hop on dan Hop off bus tour


The easiest way to explore London adalah dengan menaiki hop on dan hop off bus tour yang mempunyai lebih kurang 100 stops dan enam route yang berbeza dengan tarikan utama kota London, Nanti boleh la aku melawat kat Buckingham Palace, Westminster Abbey, Tower of London, St Paul’s Cathedral, Tower Bridge dan banyak lagi! 

Thames River

Sightseeing di Sungai Thames


Sightseeing bukan pagi je, malahan boleh diteruskan pada waktu malam dengan menaiki boat di Sungai Thames sambil menikmati British afternoon tea. Teringin sangat nak melihat panorama indah main attraction seperti House of Parliament, Trafalgar Square dan Picadily Circus di kota London dari sudut yang berbeza di waktu malam. Mesti awesome kan? 

Harrods

Shopping di Harrods


Kalau pergi ke London, memang tak sah kan kalau tak singgah di Harrods. Siapa tak kenal gedung beli-belah yang famous di seluruh dunia ni. Kat situ nanti boleh la aku nak beli souvenir untuk family dan rakan-rakan sambil shopping sebab pilihan memang banyak dan senang nak cari makanan halal. Mesti rambang mata nak pilih nanti. 

Hyde Park

Santai di Hyde Park


Lepas penat shopping kat Harrods, aku nak pergi lepak kat Hyde Park pulak. Hyde Park ni one of the biggest park kat London. Boleh lah picnic sambil menikmati keindahan nature kat sini. Pasti tenang bila singgah di sini. Pada pencinta haiwan, haiwan seperti swan, burung, itik, dan kuda pun ada kat sini.

Tempat wajib pergi di Kota London


The main attraction, of course la Big Ben, London Bridge dan London Eye. Tempat yang wajib ambil gambar untuk melengkapkan lawatan aku di London. Bak kata orang tak lengkap pergi ke London kalau tak pergi ke tempat ni. Dengan menaiki London Eye, aku boleh melihat seluruh pemandangan tertinggi di kota London. Jangan lupa bawak camera!

The Making of Harry Potter

Heaven for Harry Potter fans!


Aku memang peminat Harry Potter yang tegar, so, Warner Bros Studio Tower: The Making of Harry Potter memang tempat yang wajib untuk aku lawati. Korang boleh melihat Hogwart's Great Hall, berjalan melalui Diagon Alley dan di samping itu, dipamerkan Harry's Nimbus 2000 berserta dengan Hagrid's motorcycle. Menarik kan!

Itu adalah antara aktiviti yang aku nak sangat buat bila berada di London. Pastinya jika di pilih oleh Traveloka untuk merealisasikan impian ni, ianya akan meninggalkan satu kenangan terindah yang akan aku kongsikan dengan korang. Terima kasih Traveloka yang bakal mengubah mimpi menjadi kenyataan !