Search Bar

Thursday, December 8, 2016

JJCM : Coconut Shake Batu Berendam

Assalamualaikum and hi !

Okay, kali ni aku nak berkongsi satu tempat yang jual coconut shake yang best di Melaka. Bila kita pergi ke Melaka, pastinya orang kata tempat yang jual coconut shake best kat Melaka tu kat Klebang. Don’t worry, dua-dua coconut shake ni sedap. Both ade keunikan yang tersendiri. But this time, aku nak buat review tentang Coconut Shake kat Batu Berendam.


Kepada korang yang belum pernah pergi, why not, korang try? Kalau tanya kat aku yang mana aku lebih prefer, aku akan pilih coconut shake kat batu berendam. Rasa pun not bad. Sedap la ikut tekak aku. Tapi tak tau la macam mana bg korang. Ehehe. Maklumla, cita rasa orang ni lain-lain.

Ramai orang bebaris time ni


Time aku pergi tu memang agak panjang lah queue orang beratur. Tapi jangan risau, servis diorang agak laju. Lokasi tempat betul-betul kat tepi jalan. Guna je Waze confirm korang jumpa dan senang korang nak cari sebab sign board besar dan jelas terpampang “
Coconut Shake Batu Berendam” kat situ.


Korang boleh take away atau pun minum kat situ. Bagi take away, korang kena beratur kalau nak beli. Hasrat nak minum kat situ tapi meja penuh, so kitorang decide untuk take away je la.

Dari segi harga memang amat berpatutan. Harga dalam range RM 3.00-RM 3.50. Korang boleh pilih nak Biasa, Special or Double Special. So agak berbaloi bagi aku.

Kepada korang yang craving nak coconut shake, korang boleh try coconut shake kat batu berendam ni. Memang terbaik! Aku bagi 4/5 bintang. ;P


Uish. Craving !