Search Bar

Saturday, December 24, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging: Tips Kemas Rumah

Assalamualaikum dan hi!

Cabaran Blogging #4 iaitu Tips kemas rumah. Korang boleh refer tentang Cabaran 30 hari blogging kat sini

Pada entry kali ini, aku nak berkongsi tips menarik dari Marie Kondo tentang cara mengemas rumah dengan lebih efektif. Bagi yang tak kenal Marie Kondo, dia adalah penulis The Life-Changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing yang merupakan best seller yang terjual lebih dari 2 juta naskah di seluruh dunia.



Perkara pertama yang perlu di lakukan adalah mengumpul barang korang mengikut kategori dan bukan lokasi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kita selalu kemas rumah bermula dari bilik tidur, selepas tu ruang tamu dan seterusnya. Apa yang Marie Kondo sarankan dalam bukunya ialah kita kemas berdasarkan kategori. Contohnya kita kumpulkan baju di satu tempat dan barangan lain mengikut kategori. Baru lah kita akan sedar yang kita kumpul banyak barang selama ni!

Pastu kita perlu lakukan declutering. Apa itu decluttering? Ianya adalah proses dimana kita menyingkirkan barangan yang tidak memberikan kegembiraan kepada kita. Persoalan yang perlu ditanyakan adalah, adakah barang tersebut “spark joys” atau memberi kegembiraan kepada kita? Jika tidak, korang perlu singkirkan barang tersebut atau derma kepada mereka yang memerlukan. 

Pakaian yang rosak dan koyak juga perlu dibuang dan amalkan kitar semula. Cara nak jimat ruang ialah kalau banyak sangat notes, korang scan je dan save dalam bentuk softcopy. Marie Kondo said “Anything that doesn’t spark us joy, just let it go. Our thoughts will become clearer.” Bunyinya agak simple, tapi sangat berguna dan mampu membuat proses mengemas rumah lebih mudah.

Setelah korang habis proses decluttering, barulah korang teruskan dengan proses menyusun dan mengemas kembali barangan korang. 

Marie Kondo juga mencadangkan supaya kita melipat baju kita berbanding mengantung mengunakan hanger. Contohnya, T-shirt supaya nanti senang kita nak susun kat dalam laci dalam keadaan menegak dan apabila kita nak ambil baju tu tak berselerak. Video kat bawah ni menunjukkan cara melipat baju kaedah KonMari.



Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Till then, take care! ;)