Search Bar

Friday, December 23, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging: Tempat Makan Best

Hari ke 3 untuk Cabaran blogging. Entry #3 ialah tempat makan best. Berikut adalah senarai tempat makan yang best bagi aku. 

Pilihan Pertama: The Garage KL

The Garage KL ialah cafe bertemakan Hipster yang berada di Jalan Hulu Kelang, Hillview, Ampang. Berdekatan dengan MRR2. Tempat sangat strategik. Korang tak perlu risau tentang parking, sebab memang banyak parking kat situ. 

Tempat ni best untuk yang nak chillax dan lepak-lepak.Why?Sebab aku sangat suka environment dia! Decoration yang sangat menarik dan stylish. Para pengunjung boleh layan live band setiap malam start dari 9 malam.

Konsep cafe ni yang bertemakan minimalistic industrial dan dibuat dari kontena merupakan salah satu keunikan cafe ni. Sebab tu la, selain dari cafe, tempat ni juga di jadikan event venue. Di The Garage KL ini juga terdapat kedai pakaian, hobby collection, dan garaj di bawah satu bumbung. Bas lama yang dijadikan kedai juga menarik perhatian aku.

Sumber: Dari sini
Tempat dia sangat cosy dan terdapat menu yang unik untuk dicuba. It's a heaven for foodie! Everything is okay. Sedap dan tidak mengecewakan. Dari segi service pulak, waiter kat situ pun so friendly and polite. Salah satu tempat favorite aku actually.

My favorite: Sloopy Trooper and Cheesy Bolognese Fries.

Sumber: Foodink


Sumber: Foodink

Sumber: Foodink
Food!
Sloopy Trooper. The best!
Kebanyakan dekorasi bertemakan Star Wars. 

Pilihan Kedua: Istana Bambu

Istana Bambu ni berjiran dengan The Garage KL. Enterence yang sama dan bersebelahan je. Apa yang aku boleh kata tentang environment adalah sangat rilex dan tenang. Konsep restoran ini adalah bertemakan buluh ala kampung. Nice ambience dan selesa. Mana nak dapat restaurant yang ada sawah padi kat KL ni? Ni je ada tau!

Siap ada sawah padi!

Korang boleh pilih sama ada nak duduk di kerusi yang best nya semua diperbuat dari buluh atau korang boleh duduk di Gazebo. Aku kalau pergi kat sini, aku prefer pergi time malam. Sebab apa? Tengok la suasana tempat ni time malan. Cantik kan?

Istana Bambu sangat sesuai untuk celebrate any occasion. Dari segi makanan pula, kebanyakan menu di restoran ini adalah makanan Thai. Ada seafood, ada Tom Yam, pilih la ikut citarasa korang. Harga berpatutan dan portion agak besar. 

My favorite: Kedondong Asamboi dan Prawn Butter Sauce

Enterence Istana Bambu

Semua dari buluh!

Suasana di waktu malam

Pilihan Ketiga: Tajine

Tajine ni terletak di Bintang Goldhill, Jalan Tun Razak. Bersebelahan dengan Technip. One thing yang aku suka Tajine ni adalah interior restaurant ni dan the atmosphere here is chilling. Di sampng tu, korang boleh pilih, nak duduk indoor ataupun outdoor.

Menu makanan kat sini adalah dari Middle East dan authentic Moroccan food. Sangat variety bagi pengemar makanan Arab. Korang boleh try Chicken Mandi kat sini. Not bad la. 

My favorite: Shawarma lamb kebab dan Chicken Mandi

Interior Tajine

Food!

Outdoor ada ruang privasi sendiri yang luas

Sekian saja perkongsian aku pada kali ini, till then, take care! ;)