Search Bar

Thursday, December 22, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging: Resipi Terung Berlada

Assalamualaikum dan hi!

Cabaran 30 hari blogging #2 ialah resepi. Pada entry ni, aku akan berkongsi Resepi Terung Berlada yang mudah dan simple. Simple-simple je, tak rumit pun nak buat dan yang penting sedap tambah-tambah lagi kalau makan nasi panas-panas. Pergh! Memang terbaik!

Resepi dari Kak Azie Kitchen. Thanks for sharing the recipe! lets cekidaut resipi Terung Berlada ni:

Terung Goreng Berlada
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dgn ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara:
1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.

Bahan tumis
3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Hasil dari seorang amatur. hahaha, kena practice lebih ni. :D