Search Bar

Wednesday, December 7, 2016

Applikasi keselamatan terbaru dari Google

Dengan meningkatnya kadar jenayah sekarang ni pernah tak korang rasa risau dan bimbang tentang keselamatan orang yang tersayang? Jika ya, ini adalah aplikasi yang terbaik buat korang! Google telah menghasilkan sebuah aplikasi terbaru iaitu Google Trusted Contact untuk tujuan keselamatan di saat kecemasan. Aplikasi ini membolehkan korang mengetahui secara real-time lokasi mereka.

Konsep aplikasi ini amat mudah. Apa yang korang perlu lakukan ialah memilih rakan atau ahli keluarga korang untuk dimasukan ke dalam 'Trusted Contact'. Mereka ini akan masuk ke dalam Cirle korang, dan info akan di berikan kepada Cirle korang tentang di mana lokasi korang berada secara live.



Salah satu ciri yang hebat terdapat dalam aplikasi ini adalah aplikasi ini dapat mengesan sekiranya korang berada di kawasan yang berbahaya dan agak sunyi di waktu malam. Butang akses juga disediakan untuk memaklumkan kepada Circle korang sekiranya korang berada dalam keadaan bahaya.



Setakat ini aplikasi ini hanya ditawarkan kepada penguna android dan bakal dikeluarkan untuk penguna iOS tidak lama lagi.