Search Bar

Sunday, November 27, 2016

Review| Trip Pulau Mersing

Perjalanan bermula dari Kuala Lunpur dengan 3 buah kereta. Kami gerak dari KL malam untuk elak jem. Penjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bila tiba di kawasan Pedas-Linggi, hujan turun dengan lebat berserta dengan ribut membuatkan aku tak leh nak tido. Agak berbahaya time tu sebab ada eksiden yang berlaku di kawasan tu.

Kami sampai di Masjid Jamek Mersing pada pukul 5 pagi. Setelah menunaikan solat subuh, kami berehat kat situ sebab masih terlalu awal nak pergi jeti.

View Masjid Jamek Mersing

Kami sampai di Jeti Mersing lebih kurang pada pukul 8, dan kat situ kami breakfast terlebih dahulu sambil menunggu agen kami yang mengurus 50% itinerari kami di Mersing. Tiket Taman Laut dah dibeli, dan tibanya masa kami untuk naik bot.

Muka eksited masing-masing.

First destination adalah pulau Maldives. Bukan oversea tau, yang ni Pulau Maldives version Malaysia. Ni just nama jolokan orang lokal bagi kat pulau ni sebab ada sand bank ala ala Pulau Maldives. Memang lawa, kalau nak ambik gambar memang marvellous la. lebih kurang sejam jugak kami di situ. hehe.

Ada Gua kecik kat situ
Next destination, abang bot tu bawak kami ke Pulau Rahsia, kat situ tiada pantai cuma berbatu-batu ja dan ada satu gua kecil. Kami just berpijak pada batu yang ada kat situ. Kena hati-hati sebab batu kat situ tajam. Air kat situ jernih, sesuai untuk snorkeling. Corals pun cantik-cantik.


Setelah puas berenang di situ, abang bot bawa kami ke destinasi seterusnya, berhadapan je dengan kawasan kami berenang tadi dan lunch di situ. Lepas makan kami explore pulau tu, sebelah pantai yang kami lunch ada sebuah gua dan kami spend time n\berehat dan photoshoot kat situ. haha.


Bot sampai dan bawak kami ke Gerbang Rahsia atau Sea Arc. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut tentang sea arc. Memang lawa tapi kena berhati-hati kerana agak dalam dan sempit. Kena try sekali seumur hidup untuk berenang melalui Sea Arc. Awesome experience!

Awesome view



Masing-masing dah penat dan kami terus menuju ke Pulau Besar. Tempat kami menginap adalah Chalet Kak Murni, bagi lelaki pulak, diorg tido kat khemah dan hammock je. Baru lah adventerous kan. hehehe

Makan malam dah disedia kan pada malam tu dan kami buat sharing moment di hadapan unggun api



Pagi Ahad tu kami habiskan masa before balik dengan aktiviti snoorkeling dan swimming sebelum berangkat balik ke KL.


Kos untuk trip 2 Hari 1 Malam adalah lebih kurang RM300 seorang termasuk kos dari KL-Mersing, Penginapan, dan makan. Kesimpulannya, trip ke Mersing memang berbaloi jika anda seorang yang gemar melihat keindahan pulau dan laut.

P/S: Our trips also been featured in Oh Bulan. Boleh baca kat sini