Search Bar

Wednesday, November 30, 2016

Resepi Sup Tulang Mudah dan Simple

Assalamualaikum and hi!
Harini aku nak share resepi Sup tulang yang simple dan ringkas. Yang penting sedap. *campak-campak tetiba tersedap la pulak. ehehe*

Ok, ni resepinya:

Bahan-bahanya:
1 kg tulang dan daging
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
Garam secukup rasa
1 paket rempah sup tulang (yang ada sup bunjut dan rempah kasarnya sekali)
Ajinomoto (optional)

Bahan yang bertanda * di mayang halus

Bahan yang di mayang halus

Bahan hiasan:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi (kalau suka pedas)

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan tulang dan daging. setelah bersih toskan.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga perang
  3. Kemudian, masukkan halia dan lengkuas
  4. Masukkan 1 paket rempah sup tulang. Kacau sebentar.
  5. Masukkan tulang dan daging, selepas tu baru masukkan air secukupnya.
  6. Tutup periuk dan rebus sehingga empuk, kemudian masukkan garam dan ajinomoto.
  7. Siap dan hidangkan bersama bahan hiasan
Simple kan? Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba :)

Inilah hasilnya ;)