Search Bar

Thursday, November 24, 2016

Pengalaman join SL1M TM

Assalamualaikum dan hi!

Dalam post ni, aku nak ceritakan pengalaman aku mengikuti program SL1M TM. Aku adalah intake 9.0. Bagi yang tak tahu apa itu SL1M, SL1M adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

Bagaimana untuk memohon SL1M TM? Korang boleh memohon melalui website ini

Untuk SL1M TM, ianya melibatkan 8 bulan latihan, iaitu 2 bulan untuk Softskill training dan 6 bulan untuk On Job Training. Untuk 2 bulan Softskill training korang akan ditempatkan di MMU Melaka. Penginapan korang juga disediakan selama tempoh latihan di Ixora Apartment. Jangan risau, hostel yang bakal korang duduki sangat selesa, siap ada swimming pool, gym lagi.

Jarak dari Ixora Apartment ke MMU Melaka adalah lebih kurang 10 minit. Kalau jalan tiap-tiap hari memang boleh kurus! haha. Aku duduk kat Tingkat 15, memang nampak la view Melaka dari balkoni.

View dari balkoni

Housemate yang gila-gila belaka. Rindu!


Buat kaki hiking, korang bolehlah hiking kat Bukit Beruang, dekat ja dengan MMU Melaka ni.


Kalau bosan-bosan tu boleh la panjat Bukit Beruang.

Untuk training softskill, korang akan belajar tentang Grammar, skill Computer, Grooming dan Ettiquette dan sebagainya. Trainner terdiri daripada pensyarah MMU. Trainner memang fun dan sporting. Memang enjoy la training selama 2 bulan tu.

Untuk masa training tu, memang mengikut office hour (9 pagi-5 petang).

Kelas Grooming

Team Emerald


Selain tu, jangan risau tentang tempat makan, sebab memang banyak kedai makan berdekatan dengan MMU Melaka untuk korang sihat dan membesar dengan jayanya. Maklum lah, makanan kat Melaka memang sedap-sedap belaka. haha.

Pihak Synergy MMU akan organize aktiviti Team building dan Sport Day Carnival untuk pelatih. Time Sport Day Carnival, macam-macam sukan yang ada seperti kayak, wallclimbing, futsal, netball, bowling dan sebagainya. Oleh sebab aku nak mencuba sesuatu yang baru, so aku secara sukarela memilih wallclimbing. Nasib baik tak menyesal sebab memang best panjat-panjat ni. hahaha


Nampak senang tapi susah.

Overall, review tulus ikhlas aku tentang program ni adalah korang tak akan rugi join sebab korang akan belajar sesuatu yang baru, berjumpa dengan orang-orang baru, di samping dapat meningkaatkan softskill korang. Jika ada sebarang pertanyaan tentang SL1M TM, boleh komen, Insyallah aku akan jawab pertanyaan korang. :)