Search Bar

Friday, November 25, 2016

Apa itu airBnb?


Pernah tak dengar pasal airBnB. Pada yang sudah arif tentang dunia travelling, pastinya sudah mengatahui tentang airBnB.

Mungkin para pembaca sudah familiar memesan penginapan melalui Agoda, Traveloka, dan Trivago yang membolehkan pelanggan memesan tiket penerbangan, penginapan hotel dan sebagainya.

Berbeza dengan airBnB, ianya hanya menyediakan penginapan dan yang terbaru menyediakan “experience” untuk pengguna, agar mereka dapat merasai pengalaman berinteraksi dengan penduduk bandar yang mereka lawati dan mengenali kehidupan penduduk local.

Dengan erti kata yang mudah, airBnB menyewa rumah dan apartment untuk penginapan dengan harga lebih jauh murah dari hotel di serata dunia dan boleh menikmati pengalaman kembara yang lebih bermakna.

Pasti ramai yang teruja untuk mencuba khidmat airBnB kan? Bagaimana pula cara pembayaran nya? Cara pembayaran airBnB boleh dilakukan melalui Kad Kredit atau melalui PayPal.

Pengguna tidak perlu risau tentang kes penipuan, kerana setiap pembayaran akan masuk ke airBnB terlebih dahulu, dan apabila kita sudah check in dan check out barulah pebayaran dilakukan oleh airBnB kepada pemilik.

FAQ tentang AirBnb
Perlu bayar tak deposit?
Untuk airBnB, pembayaran haruslah dilakukan secara penuh.

Bagaimana cara untuk mengelakkan penipuan?
Antara tips untuk mengelakkan penipuan melaui airBnB adalah:

  • Membaca review yang diberikan oleh pengunjung. Semakin banyak review, maka Insyallah, semakin boleh dipercayai dan selamat tempat yang anda ingin menginap.
  • Lihat rating rumah tersebut untuk memastikan anda lebih selesa untuk menginap di tempat tersebut.
  • Pertimbangkan harga, lokasi, dan gambar yang disediakan. Kandangkala, harga yang rendah tidak bererti mempunyai kualiti yang buruk. Jangan tertipu!  

Waktu Check In dan Check Out?
Ianya bergantung kepada pemilik rumah. Sesetengah pemilik rumah fleksible tentang masa Check In dan Check Out berdasarkan kekosongan property tersebut.

Apakah peraturan yang ditetapkan?
Pemilik rumah biasanya akan menetapkan peraturan seperti larangan merokok, larangan membawa haiwan peliharaan, dan sebagainya. Bagaimanapun, semua peraturan berbeza mengikut pemilik masing-masing.

Adakah kita tinggal sekali bersama pemilik rumah?
Terdapat penginapan yang hanya menyewakan bilik dan tinggal bersama pemilik. Ianya akan dinyatakan di ruangan info yang tertera “shared room”,”private room” dan “entire place”. Kebanyakan pemilik menyewakan rumah dan apartment kosong.

Adakah breakfast disediakan?
Ianya bergantung kepada pemilik rumah tersebut. Terdapat pemilik rumah yang menyediakan “complimentary snacks” dan sebagainya. Semua fasiliti akan ditulis pada profile rumah tersebut.

Apakah jumlah bilangan pengunjung yang ditetapkan?
Pemilik rumah akan menetukan jumlah minama dan maksima pengunjung yang boleh menginap. Sila rujuk profile rumah tersebut.

Banyak tawaran hebat yang boleh anda nikmati jika anda menginap mengunakan airBnB, anda boleh mendapatkan Travel Credit yang bernilai RM 90 di sini untuk jumlah diskaun yang berbaloi-baloi. Jom travel!